Monday 23 July 2012

Cinta A - Z ( II )

II

"Datangnya ia seperti embun mendinginkan salju"


Mahu sahaja aku berendam muka selama mungkin di dalam bilik air tadi. Berharap keluar sahaja muka dari permukaan air, hilang segala rasa gementar. fuhhh, tarik nafas turun nafas.. Apa-apa pun aku semangatkan diri melangkah satu persatu. Moga pendengaran aku sebentar lagi tidak terlalu terkejut mendengar lafaz-lafaz yang bakal keluar dari mulut bakal suami aku Muhammad Adam Danial Bin Muhammad Azhar.
Terbayang aku akan gambar yang Adam kirim kan semalam. Akhirnya ketawa yang aku hadiahkan buat telinga-telinga sekeliling aku. Oppss.. Tanganku laju menekup mulut sedar akan keterlaluan tindakan berbaur comel dari aku. haha.. Mana tidaknya, gambar muncung Adam jelas terpapar di minda aku.. Mereng agaknya bakal suami aku itu. Tiada gambar yang lebih sedap mata aku untuk memandang ke. Haha.. Comel..

"Zara, kau gila ya ? gelak sorang-sorang ni kenapa ?" Omel Alia Natasya pada diriku..
"Eh Zara, Laki kau tu boleh tahan juga kan. Untunglah kau Zara. Cemburunya aku dengan kau."
 Monika ni memang pantang nampak lelaki handsome. Eh, chupp.. Adam Handsome ke? Laju sahaja kepala aku mengintai kelibat Adam. Setahu aku gambar Adam semalam tak ubah macam saudara beruk. Blurppp.. Eh,kenapa tekak aku seperti tersumbat ni. Jangan macam-macam Zara. Terkaku mataku di setiap inci wajah Adam. Seperti aku dibawa ke awang-awangan. SubhanaAllah.. Ya Allah..layakkah aku digandingkan bersama dia Ya Allah. 

"Saya terima nikahnya Shazara Qistina Binti Shazar Zalman dengan mas kahwin seratus satu ringgit tunai"
begitu jelas telingaku menangkap setiap bait lafaz akad nikah itu. menitis airmata seusai imam mengatakan sah. Aku kini sudah bergelar isteri orang. hmm ? kelihatan seperti Adam menuju ke arahku..Alamak, ni mesti hendak sarungkan cincin di jari manis aku.. Ha ? Apa ? sarungkan cincin ? lepas tu mesti dia ambil kesempatan cium dahi aku kan.. Tidak..tidak.. aku tidak mampu di nodai.. Hilanglah kesucian dahi aku selepas ini. Zara ..Zara..

Adam mendekatkan dirinya ke telinga aku. Terasa kehangatan nafasnya turun dan naik. "Sudah-sudahlah berangan. Bagi tangan kau kat aku. Kalau aku rampas kau cakap aku ambil kesempatan!" tegas bercampur senyuman bisikan dari suami aku. Malunya, mana aku nak letak muka ni ? sudah berapa lama aku berangan. Oh Zara ! Dengan perasaan malu yang ku tahan aku hulurkan tangan. Benar telaan aku, Adam mencium dahi aku selepas sahaja aku mencium tangannya. Ciuman itu. kenapa aku merasakan bahagia dicium begitu olehnya ?

"Malam nanti tunggu aku dalam bilik!" tegas Adam menuturkan kata..
"Eh,kenapa pulak saya kena tunggu awak. Suka hatilah nak tunggu ke tak" balas aku sambil menjelirkan lidah pada suami aku.
"Shazara Qistina Binti Shazar Zalman ! jangan degil boleh ?"  aaaa..Adam tarik hidung aku. Benci tau, abis hilang dara hidung aku !
"Hish, tarik hidung orang kenapa ! yela-yela. Saya tunggu !"

"Mama..Zara nak peluk boleh?" merengek manja aku dengan mama. Baik aku habiskan masa bermanja dengan mama sementara aku belum pindah ke rumah lain bersama 'suami' aku tu.
"Dah ada suami pun nak manja-manja dengan mama ke? mana Adam ?"
"Adam tu bukan nya nak manja-manja dengan Zara." ngadu aku sambil cebikkan muka
"Alah sabarlah sayang. Adam busy tu"
"Mama, boleh Zara tanya?"
"Tanya apa sayang? tanya lah"
"Macam mana Adam boleh melamar Zara?"

Mama hanya berdiam dan terus berlalu.. sepi aku sendirian ditelan persoalan demi persoalan.. kenapa mama tidak mahu menjawab pertanyaan aku.. apa yang sedang terjadi ? Ya Allah, tenangkanlah hati dan fikiranku dari terus dibelenggu keraguan..

"Shazara ! kau buat apa kat sini ? aku suruh tunggu dalam bilik kan." suara yang menyakitkan hati tiba-tiba muncul menyapa gegendang telinga aku..
"Borak dengan mama lah ! sibuk saja" bengang betul aku dengan 'mamat' ni. Nak je aku siku 18 kepala dia tu. "Sudah, jangan nak bagi alasan. Masuk bilik sekarang !" ewah-ewah.. Dia ingat aku ni apa, sesuka hati dia je bagi arahan itu dan ini. "kalau saya taknak, awak nak buat apa?" saja aku bahangkan hati dia..hehe

Dia terus menarik tangan aku dengan kasar. "Eh apa ni, sakit lah !" suami aku ni gila ker ?
"Tadi kau cabar aku sangat kan" huh ? alamak, suami aku ni macam hantu lah seram lak aku. tanpa belas dan kasihan dia menghempas badan aku. Kenapa dengan dia. Ya Allah, kau selamatkanlah aku dari segala bencana. Aminn.
"Aku mintak maaf, aku pantang dicabar. Maafkan aku, kau buat aku tak tahan" Apa maksud Adam. Apa yang dia ingin lakukan. Ya Allah, sesungguhnya aku belum bersedia akan apa-apa.
"Adam, apa yang awak nak buat ni, awak jangan buat macam-macam kat saya. Saya mohon, saya belum bersedia" Adam tidak mempedulikan kata-kata aku. Aku merelakan kerana dia suami aku. Dalam tangisan aku tersenyum.




2 comments: