Thursday 19 July 2012

IGAUAN CINTA ( I )

1

"seraut wajah, seulas suara, membisik kata"

Menari-nari tangan kecilku di keypad telefon bimbit yang baru sahaja aku miliki. Di lubuk mindaku terfikir-fikir siapakah orang yang aku ingin kongsikan hari gembiraku. Angin menyapa lembut di seluruh tubuhku. Nyaman ku rasakan seperti dunia ini aku yang tawan. Nah, baru aku teringat akan ayat "seperti dunia ini aku yang tawan". Ayat itu selalu meluncur laju di bibir si 'dia'. Laju saja jariku mendail nombor yang satu itu.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam, siapa tu?"  Ya Allah merdunya suara dia, eh maksud aku macho. hehe..
"hello, hello, saya bilang sampai tiga ya. tak jawab saya letak"
"ya ya.. Ni Niela la..sampai hati abg Iz tak kenal suara Niela"
"Niela? maaf..Niela mana ya?" huh ? abg Iz lupa aku ? tak mungkin.. memanglah aku bukan kawan rapat dia..tapi dia suka kacau aku dulu..lupa ingatan? hish..
"Saya salah nombor kut,takpelah..maaf ya encik"
"hahaha..aku gurau ajelah Niela..Siapa tak kenal perempuan nakal 4 Excellent kan? I know you lah my dear"
"Benci lah abg Iz ni..Saja je buat orang rasa sedih..Ha,save..Nie no baru Niela..Ok Niela letak dulu..Assalamualaikum"

Kurang asam punya Fakhrol Aizam ..main-mainkan aku. hampeh.. Lebih baik aku call mama tadi..eeee..geramnya aku. Tapi kenapa aku call dia ya? aduh macam mane ni. abg Iz mesti pelik kenapa aku harus inform dia nombor telefon baru aku. Arghhh..malu la aku macam ni.
"sayang, kenapa balik rumah masam-masam ni? abis comot anak mama tau"
"mama, Niela tengah geram ni. Mama bukan nak peluk ke, cium ke. Ni cakap Niela comot"
Rindu nak manja-manja dengan mama. Dah lama aku tak rasa saat sebegini. Walaupun papa sudah pergi tinggalkan kami sejak aku berusia 6 tahun lagi tapi aku happy punya mama yang hebat. Papa, Niela rindu papa. Kenapa papa pergi. Biarpun aku sedih tidak punyai papa seperti orang lain tapi mama selalu buat aku tersenyum dan ketawa. Mama kini baru berusia 45 tahun. Sudah genap 16 tahun papa tinggalkan aku dan mama. Tapi mama tidak pernah mahu kahwin lagi. Mama, Niela carikkan papa buat kita ya ? 

"Niela, papa ada hadiah untuk Niela, tapi Niela kena tutup mata dulu" 
"Yeay..yeay..Niela dapat hadiah" betapa gembira nya hatiku tatkala papa mahu memberikan hadiah padaku..lantas aku menutup mata dengan kedua belah tangan. 
"Tadaaaa..papa hadiahkan rantai berhuruf 'S' sempena nama anak papa. Syafiela Adniela.. Suka sayang?" saat rantai itu terjuntai di depan mataku..aku terus melompat memeluk papa. 
"Niela suka sangat..Terima kasih papa..Niela sayang papa.. muah"
Itulah saat terakhir aku bermesra dengan papa. Papa mengalami kecelakaan jalan raya pada keesokan harinya semasa perjalanan papa mahu ke pejabat. Masih terngiang-ngiang peristiwa malang itu.Kuat aku menggoncang papa berharap papa bangun semula. Mama rebah tatkala mendengar berita itu. Aku yang masih bergelar anak kecil terpinga sendiri. Meraung minta papa dikembalikan. Menangis lemah seorang anak kecil melihat mama tidak sedarkan diri. Mujurlah ada saudara yang menjaga aku ketika itu. Nasib aku masih baik berbanding mereka di luar sana.   Rantai itu akan aku simpan sampai ke akhir hayatku. Papa, I really miss you.. 

Alarm message telefon bimbit menghentak lamunan aku terhadap papa. emm, malam-malam buta begini pun masih ada yang mahu mengganggu aku ya. hish..kacau aje..
"Selamat malam Syafiela Adniela si budak nakal yang comot=)" 

abang Iz ? Dia panggil aku budak nakal yang comot ? eeee.. siap kau Fakhrol Aizam !

"Ya, selamat malam abg Fakhrol Aizam si beruk makye"

padan muka abg Iz..haha..puas hati aku..

"Beruk yang comel ya mrs.Niela? jaga-jaga..takut nanti beruk datang cakar cik Niela kita malam ni, hihihi =)"


eeee..perasannya..kenapa dia ni ya ? menyesalnya aku call dia tadi.. selamatlah kau handsome abg Iz. kalau tak, tak kuasa aku nak balas message kau. Apalah kau buat sekarang ya. Dah 4 tahun tak jumpa.. kacak ke lagi ? ataupun dah selekeh ? dah kahwin ke ? kerja apa?
Eh, apehal aku pikir pasal dia pulak.. eee,gelilah aku.. emm..entah-entah aku rindu kan dia? Oh tidak mungkin. Dia tu Mr.Perasan. Mentang-mentang ramai perempuan gila-gilakan dia. hmm, Fakhrol Aizam ni adalah senior aku masa sekolah menengah dulu. Dia dua tahun tua dari aku.
ha, lagi satu aku peliklah.. Dia tahu nama penuh aku ? Syafiela Adniela..bukan calang-calang orang tau yang tahu nama penuh aku ni..haish..musykil-musykil.. alah, aku pun tau jugak nama penuh dia.. Fakhrol Aizam Bin Abrahim Zulkifli.. ha,siap bin lagi tau.. haha

No comments:

Post a Comment