Wednesday 6 February 2013

Kanser Payudara

Barah payu dara merupakan pembunuh no 1 kanser di kalangan wanita di Malaysia, malah di dunia sekali pun. Tapi masih ramai di kalangangan masyarakat kita tidak sedar tentang perkara ini. 

Tapi walaubagaimanapun, kita tak boleh nak kawal sekiranya hospital kerajaan lambat ke bagi servis yang tidak bagus ataupun tidak berjaya merawat kita sepenuhnya. Sebaiknya, kita tidak bergantung kepada orang lain dan mulakan dengan diri sendiri dahulu.

Okay disini saya kongsi penjagaan kanser payudara  pada kalian. Mari sama-sama kita menjaga kesihatan kita. Mencegah itu lebih baik dari mengubati kan.

1. Makan sayur-sayuran.
Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayuran mempunyai kadar kanser payudara yang lebih rendah. Sayuran seperti brokoli, kubis brussels, kubis bunga dan kubis didapati mempunyai kesan pencegahan kanser yang lebih kuat.
2. Teh hijau 
Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan umum. Tambahkan teh hijau ke dalam diet harian. Kajian menunjukkan risiko kanser payudara yang lebih rendah dikalangan mereka yang minum teh hijau.
3. Hadkan pengambilan alkohol dan jauhi rokok.
Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara. Hadkan pengambilannya dan berhenti merokok sekiranya anda perokok.
4. Ambil kira jumlah dan jenis lemak yang dimakan.
Penyelidikan menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi, iaitu 40% atau lebih daripada kalori harian memberi lebih risiko berbanding 20% daripada kalori harian. 20% daripada nilai kalori adalah paling disarankan oleh pakar dietetik. Selain itu, lemak tepu yang dijumpai dalam daging berlemak (marbled meat) dan produk tenusu yang berlemak tinggi lebih cenderung meningkatkan risiko kanser payudara berbanding lemak tak tepu dalam kekacang, bijian dan avokado serta minyak zaitun dan kanola.
5. Mengambil supplemen vitamin E
Kajian ke atas sel-sel payudara menunjukkan bahawa ahli keluarga vitamin E, iaitu tokotrienol mempunyai kesan anti-tumor yang poten dan menggalakan kematian sel tumor, dengan itu mengurangkan risiko kanser payudara. Sebaliknya vitamin E bukan tokotrienol tidak memilik kesan yang signifikan ke atas sel kanser payudara.
6. Meningkatkan pengambilan antioksida.
Tekanan oksidatif dan kesan kerosakannya boleh memulakan proses kanser. Antara cara terbaik untuk menghentikannya adalah dengan antioksida seperti vitamin E, C dan selenium.
7. Senaman secara tetap.
Kajian epidemiologi menunjukkan aktiviti fizikal boleh mengurankan risiko kanser payudara. Kajian yang diterbitkan dalam Asia Pasifik Journal of Cancer Prevention edisi Julai-September 2009 mendapati wanita yang melakukan kerja yang memerlukan mereka berdiri atau bergerak di kebanyakan masa dalam sehari adalah 34% lebih rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang banyak duduk.
8. Mencari alternatif untuk Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa HRT meningkatkan risiko kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi boleh mencari alternatif untuk HRT. Bincang dengan doktor tentang pilihan yang ada.
9. Pemeriksaan Payudara Sendiri (BSE)
Adalah penting untuk mengesan kelainan pada payudara anda. Cuba lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebaiknya seminggu selepas haid. Mamogram disarankan untuk wanita berusia 35 tahun keatas.
10. Urutan sendiri.
Urutan meningkatkan aliran darah, aliran cecair tubuh dan memperbaiki saraf impuls. Urutan sendiri boleh dilakukan smdah memberi tekanan ringan (gerakan membulat) dari setiap arah atas tisu payudara dan mengusap lembut di atas seluruh bawah lengan untuk merangsang kalenjar nodus limfa.
11. Pakai coli yang sesuai.
Meskipun tiada bukti tepat yang menyokong idea bahawa coli boleh menyebabkan kanser payudara, namun dikira langkah baik agar tidak memakai coli yang kurang sesuai yang boleh menyekat aliran limfa ke payudara. Coli bukan sekadar pakaian dalam, malah perlu untuk menyokong payudara. Jika anda bersenam atau kerap berlari, pakailah coli untuk bersukan. Payudara melendut dengan lebih cepat tanpa sokongan yang baik.
12. Dapatkan rawatan profesional.
Tumor kanser yang dikesan ketika masih kecil lebih berpeluang untuk sembuh sepenuhnya berbanding menunggu sehingga ia lebih besar.

video ini akan tunjukkan bagaimana mahu buat pemeriksaan sendiri.

Sunday 3 February 2013

Nota Susu !


Enaknya Susu ! 
"You are what you eat"

Walau berapa pun usia anda, susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh perlu diambil dengan secukupnya. Ketahuilah pelbagai rahsia dan tip menarik mengenai susu. Cuba dulu, baru tahu!

Susu memang ummpphhhhhh !! my fav bebeh :)

FAKTA PENTING SUSU
  • lemak susu tidak menyebabkan gemuk. Amalan diet yang seimbang pemakanan anda yang tidak seimbang yang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong ke arah kegemukan
  • Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekali gus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.
  • Tidak kira susu segar atau tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuh luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri
  • Susu adalah baik untuk mereka yang mengalami sindrom pra-haid (PMS) kerana ia sumber untuk melegakan kesakitan dan memberi tenaga kepada badan untuk terus aktif.
  • Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari
  • Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.
KREATIF DENGAN SUSU
  • Jika inginkan kelainan dalam kehidupan dalam hidangan susu, cuba tambahkan sesudu badam yang sudah dibakar dan dikisar halus berserta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi dan malam. ia membantu menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.
  • Jika lapar di malam hari, elakkan makan nasi. Apa kata minum segelas susu berserta beberapa biji kurma. Selain mengenyangkan, ia juga menyihatkan serta mengelakkan masalah kegemukan.


Saturday 2 February 2013

Pantang Larang Kulit Berminyak !


Jerawat akan muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda yang memiliki kulit berminyak ini berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis TABIAT BURUK sedia ada, jerawat dan kulit berminyak boleh di atasi. Kaji apakah tabiat tabiat buruk yang selalu anda lakukan sama ada sedar atau tidak :

1. Membersihkan Muka Terlalu Kerap
Ramai yang mengamalkan dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara ini salah kerana kerana ia akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Cuci muka dua kali sehari sudah mencukupi iaitu pagi dan sebelum tidur.

2. Menyental Kulit Dengan Lulur Terlalu Kerap
Menggunakan lulur yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk oleh sebab keradangan kulit. Sebetulnya ialah lulur dilakukan satu sehingga tiga kali seminggu, menggunakan lulur yang halus teksturnya, diurut lembut ke muka dan bilas dengan air suam.

3. Tidak Membersihkan Peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan terus mandi, jangan lengah.

4. Picit Jerawat
Ini adalah normal ketika jerawat mula tumbuh di wajah, tangan merayap hendak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Seeloknya guna krim jerawat untuk mengeringkan jerawat.

5. Syampu Rambut Terkena Wajah
Bersyampu tidak salah, tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berminyak dan berjerawat. Ini adalah kerana syampu mengandungi bahan pelembap/minyak untuk melembutkan rambut. Jadi pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6. Produk Rambut Hanya Untuk Rambut!
Penyembur rambut, gel mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori anda tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut.

7. Makan Makanan Berminyak
Salah satu penyumbang utama kulit berminyak dan berjerawat, sebaiknya amalkan diet yang sihat dan kurangkan makanan berminyak.

8. Penggunaan Kosmetik Yang Mengandungi Minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Apabila ingin membeli alat solek, pastikan anda beli berlabel non-acnegenic tau non-comedogenic, hypo allergic atau oil free untuk mengelakkan jerawat.

Friday 1 February 2013

The Wedding Breaker

The Wedding Breaker

Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku..

Hari ni saya nak kongsi dengan kalian tentang novel The Wedding Breaker.. This novel memang perghhh.. In Shaa Allah tak menyesal beli :)



Tengok cover dia pun dah nampak menarik kan.. Dalam banyak-banyak novel yang pernah saya baca ini novel yang buat saya tertarik dengannya.. novel ini banyak diselitkan hadith-hadith dan hukum-hukum agama.. ini bukan sekadar novel.. dia banyak mengajar pembacanya dalam pelbagai aspek.. saya respect penulis novel ini.. EVELYN ROSE.. tahniah.. anda berjaya pasarkan sebuah novel yang berguna ..

jom intai-intai sikit sinopsis novel ini ;
Kehadiran Ariana Rose telah menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal.. Pernikahan rakan baiknya sendiri.. Tengku Juwita.. ini adalah rancangan mereka bersama.. Ariana berlakun menjadi  seorang wanita yang sedang mengandungkan anak si pengantin lelaki.. Tengku Adam Kamil..
Disebabkan gadis ini jugalah, reputasi dan status diri Adam menjunam jatuh di mata masyarakat..

Akhirnya, Ariana terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya??? kalau nak tahu.. silalah beli dan baca ya :)

sedikit sedutan dari novel tersebut:

"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar.." -Ariana Rose

"I'm gonna miss you..I'd rather stay by your side.Always."
"
Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah,you are my bubbly boo and a naughty one too."

"Satu aje kesalahan awak, Ariana..Awak dah curi hati saya." -Tengku Adam Kamil

Saya nasihatkan kepada penggemar novel diluar sana sila beli ya novel ini.. ^^
Banyak perkara positif dalam ini ceritera.. Dan dan.. saya jamin.. Senyum, Ketawa, Menangis menemani anda :) Selamat membaca !