Sunday 25 August 2013

Genting Highland

Assalamualaikum..

Den tahu.. ramai yang dah pegi Genting kan.. mcm2 kenangan korang cipta kat sana. Den pergi sana br 4 kali.. lau xsilap lah. Den ni pelupa skit. krohh ~
but
ape aku nk cerita.. seriously ni kerja gila kwn2 aku buat. Pada mulanya nak overnight kt KL tu.. biaselah dok cuci mata tengok gelagat org Malaysia.. tapi time tu KL tgah renovation. bosan plak jadinya.. ak just bg cadangan.. jom naik genting.. sj nak lepak tmpt sejuk.. dorang setuju.. dan ak mmg pk nak lepak2 je ats tu.. tetiba my friend nama dia stich.. nak wat something. die memang xleh lepak cmtu je.. die kne wat something. perghh.. msuk la alam salji konon.. nak mati ak duk dalam tu.. tgkp gmba da mcm kodak dorang kitorang yg punya lah.. ade dlm 50 gamba.. nak hamek gamba tu.. asalnya semua telinga menangkap rm15 stu keping gmba.. okay lah.. semua proses memilih.. dah abis pilih org tu kire bape kne bayar what !! beratus2.. ak lupe brpe exact amount untuk semua.. sbb ak lupe berpe keping kitorng plih.. huh ! rupanya rm50 sekeping.. hamek kau ! cadang nk lepak2 kosong.. duit ak melayang2 ke udara.. haha .. btw ini kenangan.. one thing ak boleh katakan.. 

'kenangan tidak boleh d beli dgn wang ringgit.. Hargai setiap detik yang d lalui' 







Monday 19 August 2013

MENTAL - FIXI


Judul : Mental
Penulis : Shaz Johar
Penerbit : Fixi
m/s : 300

Assalamualaikum.. emm.. kali ni jelajah novel aku mau kongsikan apa yang aku sudah baca dan rasa.. u see da picture. cover depan novel tu pun da dpt menerangkan keunikan novel Fixi ni.. MENTAL ! ape yang boleh aku katakan memang mental bile baca hokay ! haha . chill urself then bc.. daebak ! luv it.. serious :)

Ini lah novel Fixi yang pertama ak baca.. now ak dh jatuh cinta dgn novel keluaran Fixi ^^

Nie die punya sinopsis :

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya. Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan. Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.
Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?
MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.

Cinta A - Z (III)

"Aku benci kau Adam !" peristiwa semalam aku takkan lupa sampai bila-bila. Apa masalah dia ya. Aku ada buat salah dengan dia ke ha ? Aku rasa mahu menjerit satu dunia. Aku benci suami aku. Tapi aku juga merelakannya. Esok kami akan berpindah kerumah baru.

"Mama, Zara taknak pindah"
"Mana boleh camtu. Zara kena la ikut suami Zara" Aku mencebik mendengar jawapan mama. Aku taknak.
"Kau kenapa tiba-tiba gedik taknak balik ? Takkan dah fobia kut ?" Adam membisik ke telingaku. Sibuk aje dia ni menyampuk. Dia tak tahu ke aku dah benci dia sangat-sangat ? pura-pura tak tahu pulak. Eeee.. mendidih hati aku ni. Aku hanya mampu menjeling setajam yang aku mahu.

Arghh, setapak demi setapak aku melangkah. Badanku bagaikan ada magnet menarik-narik aku supaya tidak bergerak kehadapan. Ya Allah, lindugilah aku.

"Adam, kau tak kasihankan aku ke ?"
"Huh ? nak kesian ape ? kau pun tak kesiankan diri kau sendiri" Aku hanya mampu menggarukan kepala.. apa maksud dia ? tak kesiankan diri aku sendiri ? arghhh.. aku tak faham. Nak tanya lebih-lebih dia tu bukan betul sangat.. tak berani aku.. serik !

"Mama, nanti Zara dah tak boleh teman mama borak-borak.. teman mama shopping.. nanti mesti Zara rindu mama.. siapa nak sikat rambut Zara lepas mandi.."
"alaa bucuk2 mama.. manjanya dia.. takpe la sayang, Adam kan ada .. ha jangan sedih2 sangat.. dah buruk dah.. Zara, dengar cakap suami.. jangan degil-degil, nanti jenguk-jenguk mama kat sini"
Aku menangis seakan dunia ini hanya aku dengan mama saja wujud..
"Dah2.. mama , Zara .. Adam tak suka tengok drama petang-petang tau.. jom sayang, dah lewat ni"
sayang ? ting tong agaknya. Dah lah potong stim. eeee geramnya aku. Mama pun selalu aje ikut karenah Adam.. Mama boleh senyum Adam cakap camtu ? sakit pulak hati kita ni.

Monday 4 March 2013

Tips kesihatan dari Nabi Muhammad s.a.w


4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW


1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.

Wallahua'lam.


Penjagaan Telinga


Saya nak nasihatkan kalian ikutlah tips ni sebelum terlambat.. ngeh3.. saya pernah alami masalah telinga meh.. So, doc pesan nie :)

 Penjagaan telinga sebaiknya jangan terlalu kerap di korek atau membersihkan telinga, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian luar, bahagian tengah dan bahagian dalam yang bekerja bersama-sama untuk memproses suara supaya dapat mendengar percakapan orang dengan baik.

Kita tidak perlu terlalu kerap membersihkan telinga, kerana boleh menimbulkan iritasi telinga di bahagian dalam yang menyebabkan gangguan pendengaran seseorang. Ia bergantung dengan kotoran, jika kotorannya padat sebaiknya dibersihkan dibahagian luar sahaja, tetapi di bahagian dalamnya jangan terlalu kerap kerana kotorannya boleh masuk lebih dalam ke dalam bahagian telinga. Ini kerana kotoran tersebut akan keluar dengan sendiri.

Masalah yang biasa terjadi pada telinga adalah terjadinya iritasi, berpunca daripada cara yang salah ketika membersihkan telinga. Jangan gunakan alat-alat yang tajam kerana boleh melukai telinga.

Berersihkan telinga anda dengan menggunakan cotton bud atau cairan H2O2, dan jangan lupa untuk selalu membersihkan telinga atau memeriksakan telinga setiap 3-4 bulan sekali ke doktor.

Selain daripada membersihkan telingan dengan mengereknya, cara lain untuk menjaga telinga adalah dengan menjaga telinga dari suara-suara yang terlalu kuat seperti mendengarkan muzik yang terlalu rancak ataupun bunyi mesin yang sangat mengganggu dan jika mendengarkan muzik melalui earphone jangan menggunakan volume yang tinggi.

Diingati lagi rajin-rajinlah memeriksatelinga ke doktor dan jangan menggunakan benda yang tajam untuk membersihkan telinga. Serta jika memiliki kotoran yang padat jangan terlalu kerap membersihkannya dan cukup bersihkan telinga di bahagian luar saja.

Penjagaan Rambut


Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut mereka.Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin mereka merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup dengan tudung sepanjang hari. Harap-harap janganlah anda berperasaan begini. Tidak mahukah anda tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga anda?Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Tidak dinafikan , wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurn dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering sebanyak 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, anda hanya mengundang petaka kepada rambut anda sendiri.Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.


1)Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.
Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
Cadangan: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.


3) Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.


4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.
Cadangan: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.


5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Cadangan: Waktu ini, sebaiknya anda berehat sepenunya . Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.

Wednesday 6 February 2013

Kanser Payudara

Barah payu dara merupakan pembunuh no 1 kanser di kalangan wanita di Malaysia, malah di dunia sekali pun. Tapi masih ramai di kalangangan masyarakat kita tidak sedar tentang perkara ini. 

Tapi walaubagaimanapun, kita tak boleh nak kawal sekiranya hospital kerajaan lambat ke bagi servis yang tidak bagus ataupun tidak berjaya merawat kita sepenuhnya. Sebaiknya, kita tidak bergantung kepada orang lain dan mulakan dengan diri sendiri dahulu.

Okay disini saya kongsi penjagaan kanser payudara  pada kalian. Mari sama-sama kita menjaga kesihatan kita. Mencegah itu lebih baik dari mengubati kan.

1. Makan sayur-sayuran.
Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayuran mempunyai kadar kanser payudara yang lebih rendah. Sayuran seperti brokoli, kubis brussels, kubis bunga dan kubis didapati mempunyai kesan pencegahan kanser yang lebih kuat.
2. Teh hijau 
Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan umum. Tambahkan teh hijau ke dalam diet harian. Kajian menunjukkan risiko kanser payudara yang lebih rendah dikalangan mereka yang minum teh hijau.
3. Hadkan pengambilan alkohol dan jauhi rokok.
Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara. Hadkan pengambilannya dan berhenti merokok sekiranya anda perokok.
4. Ambil kira jumlah dan jenis lemak yang dimakan.
Penyelidikan menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi, iaitu 40% atau lebih daripada kalori harian memberi lebih risiko berbanding 20% daripada kalori harian. 20% daripada nilai kalori adalah paling disarankan oleh pakar dietetik. Selain itu, lemak tepu yang dijumpai dalam daging berlemak (marbled meat) dan produk tenusu yang berlemak tinggi lebih cenderung meningkatkan risiko kanser payudara berbanding lemak tak tepu dalam kekacang, bijian dan avokado serta minyak zaitun dan kanola.
5. Mengambil supplemen vitamin E
Kajian ke atas sel-sel payudara menunjukkan bahawa ahli keluarga vitamin E, iaitu tokotrienol mempunyai kesan anti-tumor yang poten dan menggalakan kematian sel tumor, dengan itu mengurangkan risiko kanser payudara. Sebaliknya vitamin E bukan tokotrienol tidak memilik kesan yang signifikan ke atas sel kanser payudara.
6. Meningkatkan pengambilan antioksida.
Tekanan oksidatif dan kesan kerosakannya boleh memulakan proses kanser. Antara cara terbaik untuk menghentikannya adalah dengan antioksida seperti vitamin E, C dan selenium.
7. Senaman secara tetap.
Kajian epidemiologi menunjukkan aktiviti fizikal boleh mengurankan risiko kanser payudara. Kajian yang diterbitkan dalam Asia Pasifik Journal of Cancer Prevention edisi Julai-September 2009 mendapati wanita yang melakukan kerja yang memerlukan mereka berdiri atau bergerak di kebanyakan masa dalam sehari adalah 34% lebih rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang banyak duduk.
8. Mencari alternatif untuk Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa HRT meningkatkan risiko kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi boleh mencari alternatif untuk HRT. Bincang dengan doktor tentang pilihan yang ada.
9. Pemeriksaan Payudara Sendiri (BSE)
Adalah penting untuk mengesan kelainan pada payudara anda. Cuba lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebaiknya seminggu selepas haid. Mamogram disarankan untuk wanita berusia 35 tahun keatas.
10. Urutan sendiri.
Urutan meningkatkan aliran darah, aliran cecair tubuh dan memperbaiki saraf impuls. Urutan sendiri boleh dilakukan smdah memberi tekanan ringan (gerakan membulat) dari setiap arah atas tisu payudara dan mengusap lembut di atas seluruh bawah lengan untuk merangsang kalenjar nodus limfa.
11. Pakai coli yang sesuai.
Meskipun tiada bukti tepat yang menyokong idea bahawa coli boleh menyebabkan kanser payudara, namun dikira langkah baik agar tidak memakai coli yang kurang sesuai yang boleh menyekat aliran limfa ke payudara. Coli bukan sekadar pakaian dalam, malah perlu untuk menyokong payudara. Jika anda bersenam atau kerap berlari, pakailah coli untuk bersukan. Payudara melendut dengan lebih cepat tanpa sokongan yang baik.
12. Dapatkan rawatan profesional.
Tumor kanser yang dikesan ketika masih kecil lebih berpeluang untuk sembuh sepenuhnya berbanding menunggu sehingga ia lebih besar.

video ini akan tunjukkan bagaimana mahu buat pemeriksaan sendiri.