Thursday 19 July 2012

Cinta A - Z ( I )


1

"Tiupan cinta menyelimuti setangkai jiwa"


Aku melemparkan pandangan jauh menyelami keindahan alam, berlegar di minda  nasibku yang akan tiba. Tidak Pernah sedetik pun aku membayangi perkara ini menghantui diriku. Tanpa aku sedar air mata sudah mula merembiskan takungan yang selama ini telah kutadah. Kenapa aku mengatakan 'Ya' sedangkan hatiku meronta mengatakan tidak. Ya Allah benarkah apa yang aku putuskan. Apakah hikmahMu buat diriku yang kerdil ini. Berkali-kali aku menampar ingatanku berharap agar semuanya adalah khayalan. Tetapi kecewa yang aku temui. Aku sedang mengharungi realiti hidup. Ku raup wajahku yang mulus. Jangan tak tahu. Kulitku memang dilahirkan gebu dan mulus. Nampakkan betapa perasannya aku. Haha.. Dalam duka aku ketawa..

 'Papp' .. MasyaAllah, melopmat kekejutan aku dibuatnya. Kuss semangat.
"Kau kenapa Zara?" oh..Lisa rupanya yang mahu mencabut nyawaku sebentar tadi.
"Kau ni Lisa, mahu bunuh aku ya?" tanganku mahu sahaja lepuk dahi lisa. Sabar jelah Zara.
"Dah kau tu mengelamun macam Mat Jenin. Ha, mak mertua kau nak masuk dah. Jangan nak berangan saja".  Ha? Ya Allah.. kenapa jantungku terasa mahu tercabut. Hei Zara cool Zara cool. Eh, lembaga apa berdiri depan aku ni ? Bismillahirahmanirahim. Allahuakbar. fuhh .. Aik..tak hilang lah lembaga ni ? Hish,  lembablah kau ni Zara, itu kan bakal mak mertua kau. Kau kata lembaga? Minta maut apa?
lantas aku menyambut salaman 'mak mertua' ku selepas sahaja cincin tersarung indah di jari manisku. Wahh,cantiknya. Kalau gadai banyak jugak pulangan ni. Haha..
Wahai rakyat jelata, aku sudah bergelar tunangan orang babe. Emm, Muhammad Adam Danial Bin Muhammad Azhar. Ha, aku dah siap hafal nama lelaki itu ataupun lebih manja dikatakan tunang aku. Eh, tadi aku bukan menangis ke? Ni kenapa aku sengih-sengih pulak ? Hish, berhantu betul emosi aku ni.

"Sayang, kamu dah jadi tunang orang. Esok dah bergelar isteri orang. Jaga tingkah laku dengar cakap suami, tapi jangan lupa papa dan mama pula. Kamu lah satu-satunya anak mama sayang". lah, patutlah aku dah tak menangis, mama pinjam airmata aku rupanya. Mama ni, main curi-curi pulak. Eh kejap, esok dah bergelar isteri orang? ha? kenapa aku tak tahu pun. Masa menempah baju pengantin mama cakap lagi 2 bulan. Kalau esok dah nikah, apa gunanya tunang? macam mereka pula mahu kahwin. Aku baru ingat nak kenal hati budi tunang aku dulu. Sudahlah tengok muka pun tak pernah, dibutanya muka macam 'HULK' tak ke musnah zuriat aku. Zara..Zara..belum nikah sudah fikir pasal zuriat.
Aku pun satu, ada penyakit angguk-angguk agaknya. Apa orang tanya, apa orang cakap aku angguk-angguk saja. Macam sistem geleng-geleng sudah tidak berfungsi lagi. Nasiblah kau Zara. Tunang aku tu 'peminat rahsia' aku ke? kenapa beria sangat mahu kahwin dengan aku. Nama dia pun aku baru je kenal. Macam jatuh dari langit pula mamat ni. Mungkin Allah s.w.t dengar doa hambaNya yang hina ini.
      "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau turunkanlah jodoh buat hambaMu ini"
Itulah yang selalu aku selitkan dalam tiap doa harian aku. Tapi aku tak minta jodoh macam kilat begini. Aku bayang jodoh aku tu macam cinta pandang pertama. Dah aku jatuh cinta barulah aku kahwin. Ajaib juga ya pentas dunia ini.


"blurpppp" aik..bunyi message masuklah.. bergegas aku menyelongkar katil mencari kelibat handphone Nokia n97

"Shazara Qistina rite?"

Makhluk tuhan mana pula ni kidnap nama aku tanpa minta kebenaran..

"ya, im Shazara Qistina. who r u ?" 

"Adam here.. hmm, bagi aku gambar kau !"

Eh, gila apa mamat ni..Ingat gambar aku percuma..ouh, no way ! tapi, aku pun nak jugak tengok gambar dia.. esok dia jadi suami aku.. tapi muka dia pun aku tak pernah tengok.. hmm, main sistem barter okay jugak ni.

"Boleh , tapi kita main tukar-tukar. Aku pun nak gambar kau jugak"

"OK. hantar sekrarang !"


Hmm, nampaknya dia pun tak pernah tengok aku.. so? apa yang buat perkahwinan ini terjadi ya ? ada jugak aku buat misi Detective Conan nanti. .




2 comments: