Monday 19 August 2013

Cinta A - Z (III)

"Aku benci kau Adam !" peristiwa semalam aku takkan lupa sampai bila-bila. Apa masalah dia ya. Aku ada buat salah dengan dia ke ha ? Aku rasa mahu menjerit satu dunia. Aku benci suami aku. Tapi aku juga merelakannya. Esok kami akan berpindah kerumah baru.

"Mama, Zara taknak pindah"
"Mana boleh camtu. Zara kena la ikut suami Zara" Aku mencebik mendengar jawapan mama. Aku taknak.
"Kau kenapa tiba-tiba gedik taknak balik ? Takkan dah fobia kut ?" Adam membisik ke telingaku. Sibuk aje dia ni menyampuk. Dia tak tahu ke aku dah benci dia sangat-sangat ? pura-pura tak tahu pulak. Eeee.. mendidih hati aku ni. Aku hanya mampu menjeling setajam yang aku mahu.

Arghh, setapak demi setapak aku melangkah. Badanku bagaikan ada magnet menarik-narik aku supaya tidak bergerak kehadapan. Ya Allah, lindugilah aku.

"Adam, kau tak kasihankan aku ke ?"
"Huh ? nak kesian ape ? kau pun tak kesiankan diri kau sendiri" Aku hanya mampu menggarukan kepala.. apa maksud dia ? tak kesiankan diri aku sendiri ? arghhh.. aku tak faham. Nak tanya lebih-lebih dia tu bukan betul sangat.. tak berani aku.. serik !

"Mama, nanti Zara dah tak boleh teman mama borak-borak.. teman mama shopping.. nanti mesti Zara rindu mama.. siapa nak sikat rambut Zara lepas mandi.."
"alaa bucuk2 mama.. manjanya dia.. takpe la sayang, Adam kan ada .. ha jangan sedih2 sangat.. dah buruk dah.. Zara, dengar cakap suami.. jangan degil-degil, nanti jenguk-jenguk mama kat sini"
Aku menangis seakan dunia ini hanya aku dengan mama saja wujud..
"Dah2.. mama , Zara .. Adam tak suka tengok drama petang-petang tau.. jom sayang, dah lewat ni"
sayang ? ting tong agaknya. Dah lah potong stim. eeee geramnya aku. Mama pun selalu aje ikut karenah Adam.. Mama boleh senyum Adam cakap camtu ? sakit pulak hati kita ni.

No comments:

Post a Comment