Sunday 3 February 2013

Nota Susu !


Enaknya Susu ! 
"You are what you eat"

Walau berapa pun usia anda, susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh perlu diambil dengan secukupnya. Ketahuilah pelbagai rahsia dan tip menarik mengenai susu. Cuba dulu, baru tahu!

Susu memang ummpphhhhhh !! my fav bebeh :)

FAKTA PENTING SUSU
  • lemak susu tidak menyebabkan gemuk. Amalan diet yang seimbang pemakanan anda yang tidak seimbang yang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong ke arah kegemukan
  • Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekali gus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.
  • Tidak kira susu segar atau tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuh luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri
  • Susu adalah baik untuk mereka yang mengalami sindrom pra-haid (PMS) kerana ia sumber untuk melegakan kesakitan dan memberi tenaga kepada badan untuk terus aktif.
  • Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari
  • Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.
KREATIF DENGAN SUSU
  • Jika inginkan kelainan dalam kehidupan dalam hidangan susu, cuba tambahkan sesudu badam yang sudah dibakar dan dikisar halus berserta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi dan malam. ia membantu menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.
  • Jika lapar di malam hari, elakkan makan nasi. Apa kata minum segelas susu berserta beberapa biji kurma. Selain mengenyangkan, ia juga menyihatkan serta mengelakkan masalah kegemukan.


Tidak Suka susu? 


Jika anda bukan penggemar susu putih, 
cuba cari penyeselaian untuk kekal sihat 
dengan pelbagai nutrisi yang terdapat di dalamnya.
 Anda boleh mencuba minuman serbuk coklat Dutch Lady. 
Enak dinikmati sejuk mahupun panas mengikut cita rasa anda.
 Ia memberi nutrisi baik untuk badan. 
Menariknya, ia mengandungi sukrosa,
 manisan yang diperbuat daripada tanaman semula jadi.
 Ketahuilah khasiat segelas minuman coklat bersaman dengan sebiji telur.

#sumber kesihatan ini dari majalah Eh! 



No comments:

Post a Comment